Detox Shaklee

Sudah seminggu lebih ummi selsema.Kesibukan bekerja, menguruskan anak2 yang bersekolah dan urusan di rumah menyebabkan ummi tak cukup rehat dan tidur.
Bila kena selsema ummi mula merenung kembali gaya hidup yang dilalui sepanjang Januari.

Kesihatan merupakan nikmat kurniaan Allah.Sakit juga ada asbabnya.Bermula dari tidak menjaga kesihatan dengan baik dan melampaui fitrah semulajadi badan. Bila merenung semula asbab selesema yang hampir seminggu lebih rupernye ummi kurang rehat, kurang bersenam, kurang makan buah, sayur2 dan kurang penjagaan pemakanan ..berat badan pun dah mula bertambah.

Sapa tak risau bila berat dah over weight. Boleh mengundang pelbagai penyakit terutama kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Ummi memang dah mula kena detox semula untuk buang toksin daripada badan. Bila badan bersih daripada toksin, vitamin dapat berfungsi dengan baik dalam badan.Bonusnya kita dapat meningkat kesihatan dan imun badan dengan lebih baik, menurunkan berat badan serta kulit lebih cantik, kurang berjerawat dan awet muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *